Saturday 26 November 2011

Video - Lagu nombor

Saya tertarik sekali dengan video ini dan teruja untuk kongsikannya di sini. Guru-guru bolehlah menggunakan video ini dalam langkah 3 ketika proses p&p ataupun sebagai penutup sesebuah p&p. Guru boleh meminta murid menyanyikan lagu ini bersama. Saya pasti proses p&p pada hari tersebut menjadi lebih menarik.


sumber: youtube

Sunday 13 November 2011

Lembaran Kerja - Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 9

Lembaran kerja ini saya sediakan untuk topik Membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 9. Guru bolehlah mendownload lembaran kerja yang saya sediakan ini. Untuk lembaran kerja yang pertama, murid perlu bulatkan jawapan yang betul. Lembaran kerja kedua pula bolehlah digunakan sebagai aktiviti pengukuhan bila murid telah dapat menguasai tajuk dengan baik. Murid juga bolehlah mewarna objek dalam lembaran kerja ini setelah memberikan jawapan.

MEMBILANG OBJEK DALAM KUMPULAN, 1 hingga 9

Thursday 3 November 2011

Slide - Mengenal pasti nombor, 11 hingga 20

Slide ini disediakan untuk topik Mengenal pasti nombor, 11 hingga 20. Guru bolehlah menggunakan slide ini pada langkah 2 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Slide ini boleh didownload.

Cara penggunaan slide;
1. Guru membaca nombor tertentu - terdapat dua jawapan yang betul dalam setiap baris kecuali baris 5
2. Wakil murid akan klik pada jawapan yang betul.

Panduan guru:
Baris 1= Sebutkan nombor 14 dan 16
Baris 2= Sebutkan nombor 13 dan 15
Baris 3= Sebutkan nombor 11 dan 19
Baris 4= Sebutkan nombor 18 dan20
Baris 5= Sebutkan nombor 17 sahaja