Slide ini sesuai digunakan untuk hasil pembelajaran membilang objek dalam kumpulan, 1 hingga 9. Guru-guru bolehlah mendownload slide yang disediakan ini untuk digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam langkah 2 atau 3. Murid perlu membilang objek yang ada pada slide dan klik pada jawapan yang betul. Guru-guru bolehlah menggunakan slide ini sebagai aktiviti individu dengan memasukkannya dalam setiap komputer di makmal komputer ataupun dijadikan aktiviti kelas keseluruhan.
Saturday, 29 October 2011
Friday, 28 October 2011
Slide - Membaca nombor dalam perkataan, satu hingga sembilan
Slide ini sesuai digunakan untuk topik nombor bulat di bawah hasil pembelajaran membaca nombor dalam perkataan, satu hingga sembilan. Sebagai cadangan, guru-guru bolehlah menggunakan slide ini dalam langkah satu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Labels:
bahan bantu mengajar
Tuesday, 25 October 2011
Video Set induksi - Lagu Sayang Semuanya
Alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga saya siapkan video saya yang pertama. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Isza di atas tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih juga di atas kesudian beliau menguploadkan video ini menggunakan akaunnya untuk saya dapatkan kod supaya dapat dikongsikan di sini.
Video lagu Sayang Semuanya saya hasilkan khas untuk tajuk nombor bulat hingga 10. Guru-guru bolehlah menggunakan video lagu ini sebagai set induksi sebelum memperkenalkan murid dengan tajuk. Merujuk kepada modul numerasi tahun 1, guru-guru bolehlah meneruskan pembelajaran dengan memperkenalkan murid-murid dengan nombor yang berikut selepas set induksi (rujuk ms 3).
Labels:
set induksi,
video
Monday, 24 October 2011
Sekapur Sireh
Syukur alhamdulillah. Akhirnya terbina juga blog yang tak seberapa ini untuk tugasan KRT3013-Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Terima kasih diucapkan kepada rakan seperjuangan yang sudi membimbing dan memantau saya dalam penghasilan blog ini. Saya memilih untuk memuatkan entri Numerasi Tahun 1. Topik nombor bulat dipilih sebagai pengisian dalam blog ini.
Labels:
sekapur sireh
Subscribe to:
Posts (Atom)